Wednesday, November 30, 2011

APAKAH WOOD VINEGAR?

Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai Wood Vinegar sila klik alamat yang kami perturunkan disini demi menambah pengetahuan tuan/puan sekelian, sebelum kami menjelaskan Wood Vinegar keluaran syarikat kami:-


Samada tuan/puan telah membaca ataupun tidak link yang kami berikan di atas, berikut adalah penerangan mengenai Wood Vinegar yang dihasilkan oleh Syarikat kami:-

1. Apakah Wood Vinegar dan bagaimana ia dihasilkan?

Wood Vinegar adalah cecair yang diperolehi hasil dari proses pirolisis (penguraian bahan menggunakan haba yang tinggi sekitar 400 darjah celcius tanpa oksigen) terhadap bahan pepejal seperti kayu, tempurung kelapa, tempurung kelapa sawit, serbuk kayu, buluh dan sebagainya. Oleh itu untuk menghasilkan Wood Vinegar ini, proses pirolisis digunakan oleh kami dan ia adalah sama seperti pengeluar lain iaitu menggunakan kayu keras terpilih sahaja. Secara umumnya Wood Vinegar juga dikenali sebagai Pyroligneous Acid atau Zat Kayu yang juga dipanggil sebagai Cuka Kayu.

Setelah kayu keras terpilih menjalani proses pirolisis sekitar 48 jam di dalam kebuk pirolisis hasil yang akan diperolehi ialah Wood Vinegar dan BioChar. Wap Wood Vinegar akan melalui alat siklon, dan selepas itu melalui tiub menaiki menara penyejukkan dan akhirnya akan terkumpul di dalam bekas yang disediakan. (Lihat Gambar)
Kandungan yang terdapat dalam Wood Vinegar ialah melebihi 200 jenis bahan seperti:-
i. Asid asetik
ii. Formaldehyde
iii. Ethyl-valerate
iv. Methanol
v. Tar
vi dan berbagai lagi.
Setelah Wood Vinegar mentah ini dikeluarkan dari kayu melalui proses pirolisis tersebut, ia akan disimpan di dalam bekas selama sekitar 3 bulan untuk memendakkan kandungan tar yang terdapat dalamnya.
Setelah 3 bulan cecair tulin Wood Vinegar bolehlah digunakan untuk kegunaan pertanian. Untuk mencapai tahap pengunaan kosmetik, cecair tulin Wood Vinegar ini perlu disimpan selama 3 bulan lagi dan perlu di proses menggunakan centrifuge jika ingin mencapai tahap boleh diguna sebagai ubatan dan perisa makanan.
Kami menggunakan kayu keras yang terdapat di sekitar Bandaraya Alor Setar. Antara kayu yang digunakan adalah seperti berikut:-

i. Acacia auriculaeformis (Kassia)
ii. Azadirachta excelsa (Sentang)
iii. Khaya senegalensis
iv. Lagerstroemia flos reginae (Bungor)

v. Michelia Alba (Cempaka hutan/putih)
vi. Michelia champaka (Cempaka kuning)
vii. Peltophorum pterocarpum (Batai Laut)
viii Pongamia pinnata (Mempari)
ix. Pterocarpus indica (Angsana)

x. Tabebuia pentaphyla (Tekoma)
xi. Tamarindus indica (Asam jawa)
xii. Hopea odorata (Merawan Siput Jantan)

xiii. Gardenia carinata (Kedah Randa)

2. Apakah Kegunaan Wood Vinegar?

Banyak kegunaan Wood Vinegar ini (boleh baca maklumat kegunaannya di alamat di atas). Untuk setakat ini pihak kami hanya fokus dalam bidang pertanian dahulu.

Berikut adalah penggunaan untuk pertanian:-

i. Tumbuhan

a. Wood Vinegar sesuai untuk semua jenis tumbuhan samada tanaman hiasan, sayuran, padi, kelapa sawit, pokok buah-buah, nenas, tembikai dan cendawan untuk mengelak jangkitan kulat, penyakit dan meningkatkan kesuburan pokok.

b. Untuk melihat peningkatan hasil sehingga 30%-40% dalam tanaman tembikai di Korea selepas mengguna Wood Vinegar sila klik disini
Cara penggunaannya kami jelaskan dilabel botol Wood Vinegar.

ii. Ternakan

a. Dicampur dalam makanan ternakan seperti itik, ayam dan ternakan ruminan untuk mengurangkan bakteria pembawa penyakit.

b. Disembur dalam rumah burung walet (swiflet) serta sekitarnya untuk menghalau tikus, lipas dan menghilang bau tidak enak najis walet. Ia tidak beracun, tidak perlu memakai topeng muka ketika semburan dibuat.

c. Tidak sesuai untuk ikan!

Lihat video ini bagaimana kami memproses Wood Vinegar


3. Bagaimana boleh membeli dari kami? 

Setakat ini kami hanya menjual dalam botol 1 liter (Lihat gambar):-
 Alamat Perhubungan Kami ialah:-
PuncakBio Enterprise,
116E, Lorong Madrasah,

Jalan Kilang Tebu, 05400 Alor Setar,
Kedah

 

 2. Perhubungan Pantas:-

Telefon Tangan:
019-5405826 (Aris Awang)

Email: awangaris@yahoo.com

 
3. Pembayaran

Setiap pembeli mestilah memasukkan wang dalam akaun kami (diberi kemudian setelah hubungi kami melalui telefon atau email) dan selepas sahaja kami mengesahkan pembayaran dibuat oleh pembeli, kami akan menghantar pesanan tersebut terus ke alamat yang diberi oleh pembeli.
 

Biasanya mengambil masa lebih kurang satu atau dua hari, Wood Vinegar akan sampai ke tangan pembeli. (kecuali hari cuti)
 
4. Harga


Hantaran minima yang kami lakukan ialah 10 botol berharga borong RM25.00 sebotol (RM250.00), tidak termasuk bayaran pos. (sehingga kini bayaran pos untuk 10 botol ialah: Semenanjung RM25.00). Harga borong (50 botol ke atas) boleh dirunding.

MAKLUMAT AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA